Kalimah kesyukuran diucapkan kehadrat Ilahi kerana dengan nikmat yang dikurniakan kita masih mengecapi kemanisan iman hingga ke hari ini.
Gejala murtad mula menyerang orang-orang islam di Malaysia.Peristiwa murtad mutakhir ini amat menggerunkan umat islam yang perihatin. Disana kedengaran gadis Islam dilarikan untuk memurtadkannya, dia dilarikan dari rumah ibubapanya sendiri dan ada juga seorang gadis menendang bapanya kerana telah menghalangnya dia berkahwin dengan jejaka idamannya yang bukan Islam dan kedapatan enam pemuda Melayu diKristiankan disekolah tanahair dan dilantik menjadi paderi. Ini diantara kes-kes murtad di Malaysia.
Proses Kristianisasi ini telah mula bergerak di Malaysia melalui Persatuan Melayu Kristian telah ditubuh secara sah di Malaysia.Cuba kita bayangkan 3000 umat Islam murtad di ibu kota, sekiranya setiap orang berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya lima orang anak. Maka tidak mustahil sepuluh tahun lagi 18,000 melayu Kristian akan bermastautin di ibu kota dan kesemua mereka telah mendaftar untuk pertukaran nama di pejabat pendaftaran.Manakala di tempat-tempat lain tidak dipastikan bilangannya secara tepat.
Kebanyakkan mereka ini terdiri daripada golongan anak muda yang kurang mendapat pengetahuan ilmu agama dan berpendidikan tinggi di dalam bidang professional.
Kurangnya pengawasan dari ibu bapa mengenai aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka.
Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.
Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.
Hari ini orang melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan melayu Islam. Hari ini jika kita lihat ramai orang Islam tidak ke masjid, jangan gatal-gatal mulut ajak mereka ke masjid jika kita tidak pasti keislamannya.
Setiap Hari Orang Islam Murtad di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment