Header
Khilafah

"Pattani Ada Cerita"

KOMUNISME DITENTANG KAPITALISME DITATANG

Apakah benar Komunisme merupakan satu ideologi yang bahaya? Bagaimana pula dengan Kapitalisme? Apabila kita mengkaji realiti dunia pada hari ini, kita akan mendapati akan adanya tiga mabda’ (ideologi) yang pernah wujud dan sedang wujud yakni Kapitalisme, Sosialisme (termasuk Komunisme) dan juga Islam. Dua mabda’ yang pertama yakni Kapitalisme dan Komunisme masing-masing dikembangkan oleh satu atau beberapa buah negara. Sedangkan mabda’ yang ketiga iaitu Islam, saat ini, tidak lagi dikembangkan oleh sebuah negara pun. Mabda’ Islam hanya dikembangkan oleh gerakan-gerakan Islam dan sesetengah individu di dalam masyarakat sahaja.

Mabda’ adalah aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan. Yang dimaksud akidah adalah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan, serta tentang apa yang ada sebelum dan setelah kehidupan, di samping hubungannya dengan sebelum dan sesudah alam kehidupan. Mabda’ muncul di benak seseorang, baik melalui wahyu Allah yang diperintahkan untuk mendakwahkannya atau dari kejeniusan yang lahir pada diri orang itu. Mabda’ yang lahir dalam benak manusia melalui wahyu Allah adalah mabda’ yang benar, kerana bersumber dari Al-Khaliq, yaitu Pencipta alam, manusia, dan kehidupan. Mabda’ ini pasti (qath’i) kebenarannya. Sedangkan mabda’ yang muncul dalam benak manusia kerana kebijaksanaan yang nampak pada dirinya adalah mabda’ yang salah (bathil), kerana berasal dari akal manusia yang terbatas, yang tidak mampu menjangkau segala sesuatu. Peraturan dan undang-undang yang lahir dari mabda’ buatan manusia ini selalu menimbulkan perbezaan, perselisihan, dan pertentangan, sehingga membuahkan segala bentuk penderitaan dan kesengsaraan bagi manusia. Oleh kerana itu, mabda’ yang muncul dari benak seseorang adalah mabda’ yang salah, baik dilihat dari segi akidahnya mahupun peraturan yang lahir dari akidah tersebut [Nizamul Islam, Taqiyuddin an-Nabhani].

Sedikit Mengenai Komunisme dan Kapitalisme

Komunisme adalah satu cabang dari ideologi Sosialisme yang pernah wujud sebagai sebuah kuasa besar dunia suatu ketika dahulu sebagai pesaing kepada ideologi Kapitalisme, setelah Islam diruntuhkan sebagai sebuah ideologi pada tahun 1924 di Turki, setelah runtuhnya Daulah Khilafah. Ideologi Komunisme menyatakan bahawa alam semesta, manusia dan juga kehidupan, semuanya adalah ‘material’. Mereka meyakini bahawa material adalah asal dari segala sesuatu. Melalui perkembangan dan evolusi material-lah, benda-benda lainnya (dari tidak ada) menjadi ada. Bagi golongan ini, di sebalik alam material ini, tidak ada lagi alam lain. Mereka berpegang bahawa material bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), qadim (terdahulu) dan tidak seorang pun yang mewujudkannya. Dengan kata lain, ia bersifat wajibul wujud (wajib adanya). Penganut ideologi ini mengingkari penciptaan alam ini oleh Zat Yang Maha Pencipta. Mereka mengingkari aspek kerohanian, dan beranggapan bahawa pengakuan adanya aspek rohani merupakan sesuatu yang merbahaya bagi kehidupan. Agama dianggap sebagai candu yang meracuni masyarakat dan menjadi penghalang kepada suatu pekerjaan/perbuatan. Bagi mereka, tidak ada sesuatu yang wujud kecuali hanyalah material. Ini berarti mereka mengingkari adanya Sang Pencipta dan mengingkari adanya sesuatu sebelum dan sesudah kehidupan dunia. Yang mereka akui hanyalah kehidupan dunia ini sahaja.

Kapitalisme pula merupakan sebuah ideologi yang tegak atas dasar pemisahan agama dengan kehidupan (sekularisme). Idea ini menjadi akidahnya, sekaligus sebagai qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir), serta qaidah fikriyah (kaedah berpikir)-nya. Berlandaskan qaidah fikriyah ini, mereka berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan hidupnya sendiri. Mereka pertahankan kebebasan manusia yang terdiri dari kebebasan berakidah, berpendapat, berkepemilikan, dan kebebasan peribadi (bertingkah laku). Dari kebebasan hak milik inilah lahirnya sistem ekonomi Kapitalis, yang termasuk perkara yang paling menonjol dalam mabda’ (ideologi) ini atau yang dihasilkan oleh akidah mabda’ ini. Karena itu, mabda’ tersebut dinamakan mabda’ Kapitalisme, sebuah nama yang diambil dari aspek yang paling menonjol dalam mabda’ tersebut.

Kelahiran ideologi ini bermula pada saat Kaisar (Caesars) dan raja-raja di Eropah dan Rusia menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama waktu itu dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbulah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kebangkitan bagi ahli falsafah dan cendekiawan. Sebagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak. Sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyerukan agar dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu cenderung memilih idea yang memisahkan agama dari kehidupan, yang kemudian menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Disepakati pula pendapat untuk tidak ‘mempermasalahkan’ agama, dilihat dari segi apakah diakui atau ditolak. Yang pentingnya, bagi pendokong ideologi ini, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang menghendaki segalanya harus tunduk kepada mereka (atas alasan agama) dengan ahli-ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari peranan agama dalam kehidupan.

Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam, Barat telah menyuntik ideologi Kapitalisme ini ke dalam umat. Mereka melantik pemerintah dari kalangan kaum Muslimin sendiri sebagai talibarut mereka lalu mereka mengajar pemerintah yang jahat dan khianat ini dengan ideologi mereka. Dengan habuan dunia yang diberi, maka pemerintah ini pun memeluk erat ideologi kufur ini, lalu mereka pun mula memerintah dengan memisahkan agama dari kehidupan. Mereka mula membuat undang-undang sendiri dengan mengenepikan undang-undang Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan kekallah mereka seperti itu hinggalah ke hari ini.

Setelah dunia Timur melihat kebobrokan Kapitalisme yang dibawa oleh dunia Barat, maka muncullah pula ideologi Komunisme, dan ideologi baru ini mula merebak ke seluruh dunia, sehingga sampai ke Malaysia. Namun, kelestarian Komunisme tidak lama apabila negara kuasa besar penganutnya tumbang. Di Malaysia, hancurnya Komunisme dan PKM adalah setelah kedatangan British buat kali kedua. Malangnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa penjajah kuffar British adalah penganut dan pengembang ideologi Kapitalis, yang sememangnya musuh kepada Komunisme. Setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, Jepun terpaksa menyerah kalah dan British berjaya menguasai semula Tanah Melayu. Sepanjang penguasaannya ke atas Tanah Melayu, rakyat tidak sedar bahawa British bukan sekadar berjaya menjajah negara, malah mereka berjaya menjajah ‘hati dan pemikiran’ penduduk Tanah Melayu, khususnya umat Islam, agar membenci ideologi Komunisme dan mencintai serta mengamalkan ideologi Kapitalime yang mereka bawa.

Berbeza sedikit dengan idea asal komunisme, penganut ideologi ini (khususnya PKM) di Malaysia yang berketurunan Melayu masih tetap menganggap Islam sebagai ‘agama’. Sebab itulah kita sering mendengar bahawa mereka masih lagi percya kepada Tuhan, menjaga solat, berpuasa dan seumpamanya. Namun Islam hanyalah sebatas ‘agama’ bagi mereka, dan Islam langsung tidak menjadi ‘cara hidup’ (way of life) mereka. Hal ini sesungguhnya langsung tidak berbeza dengan ideologi Kapitalis yang dipegang oleh para pemimpin umat Islam dan juga sebahagian besar dari umat Islam itu sendiri. Para pemerintah berideologi Kapitalis ini, termasuklah di Malaysia, hanyalah menjadikan Islam sebatas ‘agama’ di mana Islam hanya dianut mereka sekadar untuk bersolat, berzakat, berpuasa dan menunaikan haji. Namun mereka tidak pernah menjadikan Islam sebagai way of life mereka. ‘Cara hidup’ mereka adalah Kapitalisme, yakni satu cara hidup yang memisahkan antara agama dan kehidupan (faslu deen ‘anil hayah - sekularisme). Malah mereka akan menentang habis-habisan jika ada usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam konteks pemerintahan.

Sesungguhnya pegangan mereka saling tak tumpah dengan komunis dari segi mengingkari Islam sebagai ‘cara hidup’, malah pemerintah penganut Kapitalis ini jauh lebih berbahaya dari Komunis. Mereka menindas rakyat, memakan harta rakyat, mengaut segala kekayaan negara untuk membuncitkan perut-perut mereka yang durjana itu. Mereka berpakaian kemas dan segak, memiliki kekayaan yang tak ternilai, tinggal di istana-istana mewah jutaan ringgit, bijak dalam bermanis muka, pandai bermain kata-kata dan licik dalam melakukan pelbagai kemunafikan kepada rakyat. Semuanya demi kuasa, demi pangkat, demi mengaut habuan dunia sebanyak-banyaknya dan demi mengekalkan takhta. Inilah ‘jasa dan kebaikan’ pemerintah Kapitalis yang cuba menerangkan kepada rakyat bahawa Komunisme adalah satu ideologi yang bahaya dan mesti dihalang!

Islam -vs- Kapitalisme & Komunisme

Sejak Rasulullah SAW mula diutus, baginda telah mendakwahkan Islam sebagai sebuah ‘cara hidup’. Namun, oleh sebab Rasulullah dan umat Islam kala itu (semasa di Mekah) masih belum memiliki negara, maka Islam sebatas menjadi anutan secara individu dan secara berjemaah sahaja. Setelah tegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah pada tanggal 1 Hijrah, maka deenul Islam telah muncul sebagai sebuah cara hidup dalam bentuk bernegara (pemerintahan). Bermula dari Madinah, Islam sebagai sebuah mabda’ (ideologi) yang datangnya dari wahyu telah berjaya menguasai dunia selama lebih 1400 tahun dan menebarkan qiyadahnya hingga hampir dua per tiga dunia. Para Khalifah menjadi penjaga ideologi suci ini berkurun-kurun lamanya hinggalah akhirnya ia berjaya diruntuhkan oleh Mustafa Kamal laknatullah pada 1924 yang justeru terus menggantikan ideologi negara Turki kepada Kapitalis-sekular. Sejak itu hingga sekarang, maka sirnalah Islam sebagai sebuah ideologi yang pernah menerangi dunia. Sebelumnya, Islam sebagai suatu mabda’ yang mengandungi fikrah dan thariqah yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan umatnya mahupun manusia amnya, telah berjaya membawa suatu tamadun yang me‘manusia’kan manusia. Di sepanjang sejarah penerapan dan peradabannya, ideologi Islam membawa rahmat kepada seluruh alam - berbeza sama sekali dengan dua ideologi kufur (Kapitalis dan Komunis) buatan manusia yang kita saksikan pada hari ini.

Sejak runtuhnya Daulah Khilafah pada 1924, tidak ada lagi Negara Islam yang menerap dan mengembangkan ideologi Islam. Pemimpin umat Islam rata-ratanya memeluk ideologi Kapitalis, termasuklah Malaysia. Mereka menyeru agar kita menolak Komunisme, namun mereka merangkul erat ideologi Kapitalisme, dan dalam waktu yang sama mereka mengekang Islam habis-habisan. Jika ada gerakan Islam yang memuhasabah mereka untuk menegakkan agama Allah, maka para pemimpin Kapitalis ini tanpa peri kemanusiaan sedikit pun terus menghalang dan menangkap para pejuang Islam ini. Ideologi Kapitalisme seolah-olah menjadi sebuah ‘berhala’ sembahan mereka sehingga jika ada gerakan Islam yang membawa ideologi Islam untuk melawan kesesatan mereka itu, maka mereka akan menentangnya dengan sepenuh kekuatan. Mereka berkerja siang dan malam untuk mempertahankan ideologi kufur ini, walaupun realitinya kini Kapitalisme yang mereka ‘sembah’ itu semakin menyembah bumi dengan pelbagai krisis, kerosakan, kebatilan dan kezaliman yang dibawanya. Tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa kedua-dua ideologi kufur Komunis dan Kapitalis telah gagal untuk mensejahterakan umat Islam khususnya dan dunia amnya, malah kita sentiasa menyaksikan bagaimana umat Islam dan sebahagian besar manusia semakin menderita dan sengsara akibat kedua-duanya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Bandingkanlah kejahatan dan kesesatan yang dibawa oleh Chin Peng dan kejahatan serta kesesatan yang dibawa oleh Lord Reid. Bayangkan selama lebih 50 tahun kalian diperintah dengan hukum kufur di bawah ‘kitab suci’ Lord Reid yang dipegang dan diterapkan oleh para pemimpin kalian sepenuh hati. Bagi para perajurit yang ingin membunuh Chin Peng, tidak terdetikkah di hati kalian untuk ‘membunuh’ ajaran Lord Reid, yang kerananya lah pemikiran kalian sudah terjajah selama 52 tahun, dan kerananyalah hukum Allah terhalang dari ditegakkan di bumi Malaysia ini? Tidakkah kalian sedar yang kuffar British memerintah bumi ini beratus tahun lamanya berbanding Komunisme yang hanya memerintah kalian dahulu selama 3 minggu, namun mereka (British) berjaya menjadikan kalian membenci ideologi Komunisme, namun sayangkan ideologi mereka, walhal ideologi mereka adalah lebih jahat dan lebih sesat dari Komunisme? Sesungguhnya Komunisme dan Kapitalisme adalah mabda’ kufur buatan manusia dan tidak layak untuk diambil, hanya Islamlah satu-satunya mabda’ yang datangnya dari Allah ‘Azza wa Jalla yang wajib dianuti oleh umat manusia dan dapat menyelamatkan manusia dari penderitaan hidup di dunia dan akhirat. Dan mabda’ Islam akan pasti kembali memerintah dunia apabila Daulah Khilafah tertegak tidak lama lagi. Wallahu a’lam.

The True Followers Of Imam Mahdi By Sheikh Imran Hosein

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3.Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

PANJI HITAM DARI TIMUR

Petikan dari hadis oleh Pakar Hadis.

hadis 01

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Hadis 02

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya’ (At Tarmizi)

Hadis 03

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi
. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Hadis 04

Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)

MADAH
Di dalam Islam disuruh menyembunyikan kebaikan, juga jangan menyebut-nyebutnya, apatah lagi minta dibalas. Di akhir zaman ini kebaikan dijadikan publisiti, kebaikan disebut-sebut, minta dibalas budi, tanda buat kebaikan untuk diri, bukan untuk Rabbul Izzati

MADAH
Di akhir zaman orang yang melaksanakan kebenaran akan tersisih dan tersingkir. Orang yang melaksanakan kepalsuan atau kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan

MADAH
Di akhir zaman orang yang melaksanakan kebenaran akan tersisih dan tersingkir. Orang yang melaksanakan kepalsuan atau kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan

Hadis 05

Dari Abdullah bin Umar RA katanya,
“Adalah Rasulullah SAW bersama-sama dengan sekumpulan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib KMW di sebelah kirinya dan Abbas di sebelah kanannya, ketika Abbas dan seorang lelaki dari kalangan Ansar bertelagah. Sahabat Ansar itu bercakap dengan agak kasar kepada Abbas. Maka Rasulullah SAW memegang tangan Abbas dan tangan Ali lalu bersabda, “Daripada keturunannya (sambil menunjukkan Abbas) akan datang seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan penindasan dan kezaliman, dan daripada keturunannya (sambil menunjuk Ali) muncul seorang lelaki yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Jika kamu semua melihat yang demikian, berbaiatlah kepada Pemuda dari Bani Tamim itu yang datang dari arah Timur. Dialah pemilik Panji-panji Al-Mahdi.” (At-Tabrani, Abu Nuaim, Al-Khatib & Al-Kidji)

Hadis 06

Kata Sauban RA,
“Kemudian baginda SAW menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa ingat, kemudian bersabda, “Kalau kamu semua melihatnya, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya ada Khalifah Allah, iaitu Al-Mahdi.” (Ibnu Majah)

Hadis 07

Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, bersegeralah mendatangi mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya ada Khalifah Allah, Al-Mahdi.”

Hadis 08

Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Hadis 09

Sabda Nabi SAW,
“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.”
(At-Tabrani)

Kata tabiin RH,
“Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Hadis 10

Sabda Nabi SAW,
“Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan para pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Hadis 11

Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, bersabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan keluar di bawah panji-panjinya dan ada suara yang menyerukan: “Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia.” (At-Tabrani, Abu Nuaim & Al-Khatib)

Hadis 12

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Hadis 13

Sabda Nabi SAW,
“Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat mengenalinya?” Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…”

Hadis 14

Dari Said bin Musayyab RH katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Panji-panji Hitam akan datang dari Timur untuk anak-anak keturunan Abbas. Kemudian berlakulah apa yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian, sebuah Panji-panji Hitam yang kecil akan memerangi seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dari Timur. Mereka akan membaiat Al-Mahdi.” (Abu Nuaim)

Hadis 15

Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya,
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan air muka baginda kelihatan berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Ibnu Majah)

Hadis 16

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,
“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Hadis 17

Daripada al-Hasan Al-Basri RH katanya,
Bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, “Hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Nuaim bin Hammad)

Hadis 18

Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
“Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’i, al-Baihaqi & al-Husin)
A. Dari Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Aku amat rindu untuk bertemu dengan Ikhwanku.” Lantas para sahabat bertanya, “Tidakkah kami ini ikhwanmu?” Sabdanya, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku dan Ikhwanku adalah mereka yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

Hadis 19

Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,
“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentera berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentera yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya. Maka pasukan tentera yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya menawan kota itu, lalu memusnahkan apa sahaja, daripada kaum perempuan dan kanak-kanaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari, maka datang kepada (hati) mereka pertolongan daripada memusnahkan terus seluruh penduduk dan anak-anak (penghuni Madinah). Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah, untuk memerangi al-Mahdi dan orang-orangnya. Apabila sampai di al-Baidak, semuanya dihapuskan oleh Allah. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Kalau kamu melihat ketika mereka terkejut, maka tidak akan luput (dari ingatan), lalu diambil (nyawa) mereka dari tempat yang dekat (dengan Makkah).” (Surah Sabak, ayat 51)

Hadis 20

Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,
“Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.” (Ibnu Majah & At-Tabrani)

Kata sahabat RA,
“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka.”

Hadis 21

Sabda Nabi SAW,
“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.” (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Kata Sayidina Ali KMW,
“Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”

Hadis 22

Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
“Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?” Baginda SAW menjawab, “Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (diulang 3 kali).
(Muslim)

Hadis 23

Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
“Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

Hadis 24

Al Walid telah menceritakan kepada kami dari Abi Abdillah, dari Abdil Karim, dari Ibnil Hanafiah, katanya: Tempoh di antara keluarnya panji-panji hitam dari Khurasan dan Syuaib bin Soleh dan zahirnya Imamul Mahdi – dan antara diserahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi adalah 72 bulan.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 869)

Hadis 25

Al Hakam bin Nafi’ telah meriwayatkan kepada kami dari Jarrah dari Artaah katanya: Tentera Sufiani masuk ke Kufah maka mereka menindas penduduknya selama 3 hari dan membunuh seramai 60 ribu orang penduduknya. Kemudian mereka tinggal di situ selama 18 malam membahagi-bahagikan harta. Mereka masuk ke Kufah selepas berperang dengan Turki dan Rom di Qarqisia. Kemudian mereka ditimpa kehancuran sehingga benar-benara hancur. Selepas itu sekumpulan dari mereka telah kembali ke Khurasan maka muncul pula pasukan berkuda puak Sufiani, lalu mereka memusnahkan kubu-kubu sehinggalah berjaya memasuki Kufah, dan mereka menuntut ahli Khurasan, kemudian zahirlah di Khurasan satu kaum yang menyeru Imam Mahdi, kemudian Sufiani menghantar orang ke Madinah dan mengambil sekumpulan dari ahli keluarga Rasulullah untuk dihantar ke Kufah. Selepas itu keluar Imam Mahdi dan Mansur dari Kufah melarikan diri. Kemudian Sufiani menghantar orang untuk mencari kedua mereka. Apabila sampai Imam Mahdi dan Mansur ke Mekah, turunlah tentera Sufiani di Al Baida’ (padang pasir yang luas) lalu mereka ditenggelamkan kedalam bumi, kemudian keluarlah Imam Mahdi sehingga apabila dia tiba di Madinah maka dia menyelamatkan Bani Hasyim yang ada di situ, kemudian muncul panji-panji hitam hingga ia turun ke air dan apabila berita ini sampai kepada puak Sufiani di Kufah maka mereka melarikan diri, kemudian dia turun ke Kufah dan menyelamatkan Bani Hasyim yang ada di situ, kemudian keluarlah satu kaum dari penduduk awam Kufah dikenali sebagai Asoib yang tidak memiliki senjata melainkan sedikit, dan bersama mereka ada sekumpulan ahli Basrah, mereka mengejar (mendapatkan) puak Sufiani dan menyelamatkan baki tawanan Kufah, kemudian diutus panji-panji hitam untuk berbaiah kepada Imam Mahdi.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 850)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan oleh Ibnu Thawus (m/s 51)

Hadis 26

Al Walid bin Muslim telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Abdillah dari Abdil Karim Abi Umayyah dari Muhammad Ibnil Hanafiah katanya: Akan keluar panji-panji hitam Bani Abbas kemudian akan keluar dari Khurasan satu lagi panji-panji hitam, kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka berwarna putih, mereka diketuai oleh seorang lelaki yang digelar Syuaib bin Soleh bin Syuaib dari keturunan Bani Tamim. Mereka ini akan mengalahkan puak Sufyani sehingga tiba di Baitul Maqdis, dia (PBT) akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imamul Mahdi dan menyerahkan kepadanya 300 orang dari Syam.Tempoh diantara keluarnya dan dia menyerahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi 72 bulan.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 851)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 67-68)
- Fatawa Hadisiah oleh Imam Ibnu Hajar Alhaitami (m/s 42)

Hadis 27

Muhammad bin Fudhail telah meriwayatkan kepada kami, begitu juga Abdullah bin Idris dan Jarir dari Yazid bin Abu Ziad dari Ibrahim dari Alqomah dari Abdullah RA katanya: Ketika kami bersama Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan pemuda dari Bani Hasyim lalu berubah air muka baginda. Kami pun berkata: Ya Rasululah kami lihat ada sesuatu yang kamu tidak sukai dari gambaran wajahmu. Rasulullah pun bersabda: Sesungguhnya Allah telah memilih Akhirat keatas dunia kepada kami Ahlil Bait. Ahli keluargaku selepas aku akan ditimpa bala bencana, dipencilkan dan diusir. Ianya berlarutan hinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji hitam. Mereka menuntut kebenaran tapi dihalang dua atau tiga kali. Lalu mereka berjuang dan mendapat kemenangan lalu diberikan apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang dari ahli keluargaku. Maka dia memerintah dengan penuh keadilan sepertimana mereka memenuhinya dengan kezaliman. Siapa di antara kamu yang bertemu dengan peristiwa itu datangilah mereka walaupun dengan merangkak diatas salji kerana pada mereka Imam Mahdi.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 852)
- Sunan Ibnu Majah (Hadis 4082)
- Sunan Alwaridah Filfitan oleh Uthman bin Said Almuqri (m/s 1029-1030)

Hadis 29

Dari Tsauban katanya: Apabila kamu melihat panji panji hitam muncul dari sebelah Timur maka datangilah dia walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya padanya ada Khalifah Allah Imam Mahdi.

- Almustadrak oleh Hakim Annaisaburi (Hadis 8531 dan katanya hadis ini soheh mengikut syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim
- Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (Hadis 2241)
- Alqaulul Musaddad oleh Ibnu Hajar Al ‘Asqolani (Hadis 13..)

Hadis 30

Daripada Jabir beliau berkata: Berkata Abu Jaafar iaitu Imam Muhammad Al Baqir: Wahai Jabir hendaklah engkau teguh di bumi dan janganlah menggerakkan tangan dan kaki sehinggalah engkau melihat alamat alamat yang akan aku sebutkannya kepada engkau… dan mengutus As Sufiani sebuah pasukan tentera ke Kufah, bilangan mereka 70,000 orang maka mereka akan menindas penduduk Iraq dengan pembunuhan, penyulaan dan penawanan. Ketika mereka dalam keadaan begitu tiba tiba muncul panji panji dari pihak Khurasan yang dengan segera menyebabkan kepada rumah rumah, pada mereka ada orang orang Imam Mahdi.

- Uqdud Durar (m/s 87)

Hadis 31

Daripada Abbas bin Abdil Muttalib bahawa sesungguhnya beliau berkata: Apabila muncul panji panji hitam dari sebelah timur, pendokong pendokongnya akan menyerahkan kepada Al Mahdi pemerintahannya.

- Kharidatul Ajaib (m/s 257)

Hadis 32

Daripada Ibnu Thufail bahawasanya Ali R.A berkata kepadanya: Wahai Amir! Apabila engkau mendengar kedatangan panji panji hitam dari sebelah Khurasan, sedangkan engkau di ketika itu sedang berada di dalam sebuah peti yang terkunci maka wajib bagi engkau memecahkan kunci tersebut beserta petinya sekali sehingga engkau terbunuh di bawahnya, tetapi jika engkau tidak mampu maka hendaklah engkau bergolek sehingga engkau terbunuh di bawahnya.

- Kanzul Ummal ( Juzuk 11 Hadis 315314)
- Jam’ul Jawami’ (Juzuk 2 Hadis 212)

Hadis 33

Daripada Muaz berkata: Ketikamana sedang aku, Abu Ubaidah dan Salman duduk sambil menanti Rasulullah SAW, tiba tiba Rasulullah keluar di dalam keadaan matahari yang panas terik dan dalam keadaan ketakutan serta berubah air muka baginda lalu Rasulullah menyebut tentang fitnah As Sufiani, kemudian baginda bersabda: “…kemudian muncul seorang lelaki dari Bani Tamim iaitu Syuaib bin Soleh, Allah (dengan kemurahanNya) telah menganugerahakan negeri Syuaib dengan sebuah panji hitam Al Mahdi yang membawa kemenangan Allah dan kalimahNya, sehingga dibaiahkan Al Mahdi di antara Rukun dan Maqam”.

- Almalahim Walfitan oleh Ibnu Thawus (m/s 137)

Hadis 34

Daripada Tabii’ berkata: Akan keluar panji panji hitam dari sebelah Khurasan bersamanya satu kaum yang lemah, mereka bersatu lalu Allah membantu mereka dengan kemenangannya.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (m/s 84)

hadis reveal 4

Hadis 35

Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara panji-panji hitam dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “… lalu (Allah) mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam merupakan satu kaum yang lemah – maka Allah pun memuliakan dan menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan…. Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi penentang mereka), kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat tempat disekitar timur.

- Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)

Hadis 36

Daripada Abu Hurairah, berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Apabila berlaku peperangan-peperangan besar itu, Allah akan mengutus pasukan dari kalangan “mawali” (orang Ajam yang sudah bercampur Arab). Mereka itu adalah lebih baik daripada bangsa Arab di sudut kepahlawanan dan di sudut kelengkapan senjata dan dengan sebab mereka itu Allah membela agama.

- Sunan Ibnu Majah (Juzuk 2 Hadis 409)
- Mustadrak Al Hakim (Juzuk 4 Hadis 548)
- Alfitan oleh Nuaim bin Hammad (m/s 132)

Hadis 37

Ad Dailami meriwayatkan dari Tsauban, katanya : “Akan muncul keatas kamu panji-panji hitam dari sebelah Khurasan. Hendaklah kamu mendatanginya walaupun terpaksa merangkan di atas salji. Sesungguhnya padanya ada khalifah Allah – Al Mahdi.

- Kanzul Ummal (Hadis 38679)

Hadis 38

Abdullah bin Ismail Al Basri meriwayatkan kepada kami dari ayahnya dari Hasan Al Basri katanya: Akan keluar di Ar- Rayy seorang lelaki yang sederhana tubuhnya, tidak tinggi dan tidak rendah, hitam manis, merupakan ketua bagi Bani Tamim, janggutnya nipis, dia digelar Syuaib bin Soleh, bersamanya ada 4000 orang, pakaian mereka putih, panji-panji mereka hitam. Dia merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, dia tidak memerangi sesiapapun melainkan dia akan menewaskannya.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 854)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)

Hadis 39

Diriwayatkan oleh Nuaim bin Hamad daripada Hasan Al Basri beliau berkata: Akan keluar di Ar Rayy seorang lelaki yang sederhana tubuhnya, tidak tinggi dan tidak rendah, hitam manis, dari kalangan Bani Tamim dari keluarga yang dihormati, janggutnya nipis, dia digelar Syuaib bin Soleh, bersamanya ada 4000 orang, pakaian mereka putih, panji-panji mereka hitam. Dia merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, dia tidak memerangi sesiapapun melainkan dia akan menewaskannya.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (m/s 370)

Hadis 40

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Abu Lahia’h katanya: Abu Zur’ah telah memberitahuku dari ibnu Zurair daripada Ammar bin Yasir katanya: Pemegang panji panji Imam Mahdi ialah Syuaib bin Soleh.

- Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 856)

Hadis 41

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya: Akan keluar seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditapak tangan kanannya ada tahi lalat dari Khurasan bersama-sama dengan panji panji hitam, bersamanya juga ada Syuaib bin Soleh. Dia memerangi golongan As Sufyani dan mengalahkan mereka.

- Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 857)

Hadis 42

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Lahia’ah dari Kaa’b bin A’lqamah daripada Sufyan Al Kalbi katanya: Akan keluar bersama panji panji Imam Mahdi seorang pemuda berjanggut nipis berkulit sawo matang, kalau dia memerangi bukit nescaya dia akan meratakannya sehinggalah dia menduduki Ilya’

- Alfitan olehAlhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 858)

Hadis 43

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia’h dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi’ dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)

Hadis 44

Nuaim bin Hammad dan Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Abi Qubail: Akan memerintah di Afrika seorang Amir berumur dua belas tahun dan berlaku selepasnya satu fitnah kemudian seorang lelaki berkulit agak gelap akan memerintah dengan penuh keadilan kemudian dia menuju Imam Mahdi dan menyerahkan ketaatan kepadanya dan berjuang bagi pihaknya.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Alburhan Lilmuttaqi Alhindi (Juzuk 7 Hadis 9)

Hadis 45

Abdullah bin Marwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al A’la bin U’tbah dari Saidina Hasan bahawa Rasulullah SAW telah menyebut tentang bala bencana yang akan menimpa ahli keluarga Baginda sehinggalah Allah mengutuskan panji-panji hitam dari Timur, siapa yang membantunya nescaya akan dibantu dan siapa yang menghinanya pasti Allah hina sehinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti namaku dan menyerahkan urusan mereka padanya lalu Allah membelanya dan membantunya.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 860)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
- Alburhan (Juzuk 7 Hadis 5)

Hadis 46

Al Walid telah meriwayatkan kepada kami dari Ruh bin Abi Al I’zar katanya Abdul Rahman bin Al Audi telah berkata: Aku telah mendengar Abdul Rahman bin Al Ghaz bin Rabia’h Al Jarasy berkata: Aku telah mendengar sahabat Rasulullah Amru bin Murrah Al Jamali berkata: Pasti akan keluar dari Khurasan bendera hitam, mereka akan menambat kuda-kuda mereka pada pokok-pokok zaitun yang ada di antara Lahya dan Harasta, kami berkata: Tidak ada di antara kedua tempat itu pokok zaitun. Katanya: Akan dipenuhi di antara keduanya dengan pokok zaitun sehinggalah pengikut-pengikut bendera hitam akan singgah di situ dan menambat kuda mereka pada pokok zaitunnya.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 861)

Hadis 47

Muhammad bin Abdullah Abu Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Abdul Rahman bin Ziad bin Ana’m dari Muslim bin Yassar dari Said bin Musayyab katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Akan keluar dari Timur panji panji hitam Bani Abbas kemudian mereka memerintah sepertimana Allah tentukan kemudian akan keluar panji panji hitam kecil dari Timur yang akan memerangi seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dan orang orangnya, mereka menyerahkan ketaatan mereka kepada Imam Al Mahdi.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 862)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
- Alburhan (Juzuk 7 Hadis 11)

Hadis 48

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Ali katanya : Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, dikalangan mereka ada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang mempunyai tahi lalat pada bahu kirinya, mereka dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh, mereka akan mengalahkan golongan As Sufyani.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 863)

Hadis 49

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h katanya: Abu Zurah telah menceritakan kepadaku dari Ibni Zurair dari Saidina Ammar bin Yasir katanya: Bila Sufyani sampai ke Kufah, dan membunuh pengikut Muhammad keluarlah Imam Mahdi pemegang panji-panjinya Syuaib bin Soleh.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Kitab Alghibah Atthusi (Juzuk 46 Hadis 479)

Hadis 50

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi jaa’far katanya: Panji-panji hitam yang datang dari khurasan akan menduduki Kufah, bila Imam Mahdi muncul di Mekah mereka menghantar baiah kepadanya.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 865)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)

Hadis 51

Al Walid bin Muslim dan Rusydain bin Saad telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Apabila tentera berkuda As Sufyani telah keluar ke Kufah dan menghantar utusan kepada ahli Khurasan sedangkan utusan Khurasan keluar mencari Imam Mahdi lalu dia dan Al Hasyimi bertemu dengan panji-panji hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh lalu bertemu pula dengan orang orang As Sufyani di pintu Astokhor maka berlakulah pertempuran yang besar diantara mereka, panji panji hitam mendapat kemenangan dan tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itulah semua manusia menginginkan Imam mahdi dan mencarinya.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 868)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)
- Kanzul Ummal (Hadis 39667)

Hadis 52

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya: As Sufyani menghantar tenteranya ke segenap penjuru setelah dia menduduki Kufah dan Baghdad, maka dia mengirim sepasukan tenteranya ke negara Ma Waraunnahar (negara dibelakang sungai) terdiri dari penduduk Khurasan, kemudian ahli Masyriq (penduduk timur) menyambut mereka dengan peperangan, dan pergilah pengirim berita mereka maka apabila sampai berita itu kepada As Sufyani dia pun menghantar sepasukan tentera yang besar ke Astokhor bersama mereka (diketuai) seorang lelaki dari bani Ummayyah, maka berlakulah peperangan di Qumas, dan peperangan di Daulat Ar Rayy, dan peperangan di sempadan Zarnaj, ketika itu As Sufiani memerintahkan supaya dibunuh penduduk Kufah dan penduduk Madinah, dan ketika itu pula muncul panji-panji hitam dari Khurasan, bersama seluruh manusia itu (diketuai) seorang pemuda dari bani Hasyim, ditapak tangan kanannya terdapat tahi lalat, Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan mereka, kemudian berlakulah peperangan di sempadan Khurasan, dan berjalanlah Al Hasyimi (pemuda bani Hasyim) tadi melalui jalan Ar Rayy maka keluarlah seorang lelaki dari bani Tamim berdarah ajam yang digelar Syuaib bin Soleh ke Astokhor kepada lelaki dari bani Ummayyah, maka bertemulah dia (pemuda bani Tamim) dan Imam Mahdi dan Al Hasyimi di tengah-tengah Astokhor, lalu berlakulah di antara kedua mereka korban nyawa yang besar, bersama mereka itu terdapat seorang lelaki dari bani Udai maka Allah menolong penolong-penolongNya dan tentera-tenteraNya, kemudian berlaku pula peperangan di Madain selepas berlakunya peperangan Ar Rayy, manakala di Aqir Qufa berlaku peperangan Sailamiyyah yang mampu diceritakan oleh mereka yang terselamat, kemudian berlaku perbunuhan yang besar di Bybilon dan peperangan di sebuah kawasan di kawasan Nasibin, kemudian keluar satu kaum dari kalangan orang awam mereka kepada seorang yang kecil sebelah matanya, dan merekalah Asoib, umumnya mereka itu dari Kufah dan Basrah hinggalah mereka itu nanti akan membebaskan tawanan tawanan yang berada di tangan As Sufiani.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 869)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 69)

Hadis 53

Dalam satu hadis marfu’ dari Amru bin Sulaiman Al Aufiy menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “(Allah) Telah menunjukkan kepadaku nenek moyang (bangsa-bangsa Arab) dan aku melihat datuk Bani Tamim itu tegap gagah, tidak terkalah oleh orang yang mahu menewaskannya”. Salah seorang sahabat berkata : “Mereka itu begian begian”. Lalu Rasulullah SAW pun bekata : “Sebutlah kebaikan mereka, sesungguhnya mereka itu agung, tetap pendirian, pendokong kebenaran di akhir zaman”.

- Al Uhad Walmatsani (Hadis 1149)

Hadis 54

Qatadah meriwayatkan dari seorang lelaki Syam yang dikatakan namanya itu Al Hasan bin Rustum bahawa Nabi SAW telah bersabda : “Sesungguhnya ada dikalangan umatku seorang lelaki dari Bani Tamim yang dengan syafaatnya kebanyakan orang masuk ke Syurga”.

- Al Uhad Walmatsani (Hadis 2653)

Hadis 55

Ibrahim bin Alqamah meriwayatkan daripada Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda : Akan muncul panji-panji hitam dari sebelah timur (menyertai peperangan hesar) – sehingga kuda-kuda mengharungi darah sampai ke lututnya. Mereka menzahirkan (memperjuangkan) keadilan dan menuntut keadilan namun mereka tidak diberinya. Lalu mereka pun terus menzahirkan (memperjuangkan) keadilan dan menuntutnya tetapi tidak juga diberikan.

- Musnad Abi Ya’la (Hadis 5084)

Hadis 56

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibni Lahi’ah dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali RA katanya : Golongan As Sufyani akan bertemu dengan panji-panji hitam yang bersamanya seorang pemuda dari Bani Hasyim, ditangan kananya ada tahi lalat, mereka dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar Syuaib bin Soleh di pintu Astokhor dan berlakulah pertempuran sengit diantara mereka dan panji-panji hitam mendapat kemenangan, tentera berkuda As Sufyani melarikan diri, ketika itu semua manusia menginginkan Imam Mahdi dan mencarinya.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 870)
- Uqdud Durar (m/s 93)

Hadis 57

Muhammad bin Abdullah At Tiharti telah meriwayatkan kepada kami dari Muawiyah bin Soleh dari Syuraih bin Ubaid dan Rasyij bin Saad dan Dhamrah bin Habib dan guru-guru mereka, kata mereka: As Sufyani menghantar tenteranya keseluruh Timur di bumi Khurasan dan Parsi, orang-orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlakulah pertempuran di antara mereka di beberapa temapat, bilamana peperangan berpanjangan orang-orang Timur itu berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim yang datang dari hujung Timur, lalu dia membawa orang-orang Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari bani Tamim yang berdarah ajam, berkulit sawo matang, berjanggut nipis, keluar juga bersama-samanya seramai 5000 orang apabila mendegar berita munculnya (Imam Mahdi) dan berbaiah kepadanya, maka dialah merupakan muqaddimah kepada Imam Mahdi, kalau dia menghadapi bukit yang teguh nescaya dapat diratakannya, maka bertemulah dia dan pasukan As Sufyani lalu dia menewaskan mereka terbunuhlah daripada mereka satu korban nyawa yang besar, kemudian berlaku pula kemenangan bagi As Sufyani, dan keluarlah Syuaib bin Soleh bersembunyi ke Baitul Maqdis menyerahkan kepada Imam Mahdi kedudukannya apabila dia mendapat tahu pemergiannya ke Syam.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 871)
- Uqdud Durar (m/s 94-95)

Hadis 58

Abdullah bin Amrwan telah meriwayatkan kepada kami dari Al Haitsam bin Abdul Rahman daripada orang yang menceritakan kepadanya dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA katanya: Akan keluar seorang lelaki sebelum Imam Mahdi dari ahli keluarganya di Timur, dia memikul pedang di atas bahunya selama lapan bulan, dia berjuang dan menuju ke Baitul Maqdis tetapi dia meninggal dunia sebelum sampai ke Baitul Maqdis.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 874)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 373-374)
- Kanzul Ummal (Hadis 39669)

Hadis 59

Said Abu Uthman telah meriwayatkan kepada kami dari Jabir dari Abi Jaa’far katanya: Panji-panji hitam dari Khurasan akan menduduki Kufah, bilamana muncul Imam Mahdi di Mekah mereka menghantar bai’ah kepada Imam Mahdi.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 875)
- Uqdud Durar (m/s 95)

Hadis 60

Al Walid dan Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia’h dari Abi Qubail dari Abi Rauman dari Saidina Ali RA katanya: Apabila panji-panji hitam yang ada padanya Syuaib bin Soleh telah mengalahkan golongan As Sufyani semua orang menginginkan Imam Mahdi lalu mereka mencarinya, dia keluar dari Mekah membawa bendera Rasulullah SAWdan bersembahyang dua rakaat selepas mana manusia telah putus asa dengan kezahirannya kerana bala yang berpanjangan yang menimpa mereka. Bila dia selesai sembahyang dia beredar dan berkata bala bencana telah mencengkam umat Muhammad dan ahli keluarga baginda, kita telah ditekan dan ditindas.

- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 945)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 77)
- Alburhan (Bab 6 Hadis 11)

Hadis 61

Daripada Saidina Ali RA katanya: Sabda Rasulullah SAW, akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai yang di gelar Al Harith Harrath dibawah pimpinan seorang lelaki yang digelar Al Mansur (yang dibantu Allah), dia menyediakan tapak atau membela keluarga baginda Rasulullah sepertimana Quraisy menjadi penguat kepada Rasulullah SAW, wajiblah kepada setiap orang yang beriman membantunya atau menyahut seruannya.

- Sunan Abu Daud (Hadis 4290)
- Sunan Nasaee
- Masobih Assunnah (Juzuk 3 m/s 494)

Hadis 62

Ibnu Abi Syaibah dan Nuaim bin Hammad meriwayatkannya di dalam kitab Al Fitan begitu juga Ibnu Majah dan Abu Nuaim dari Ibnu Mas’ud RA katanya: Satu ketika kami bersama Rasulullah SAW tiba-tiba datang beberapa orang pemuda dari Bani Hasyim, bila Rasulullah melihat mereka baginda mengalirkan air mata dan wajahnya berubah lalu aku bertanyanya, kami masih melihat dari mukamu ada sesuatu yang kami tidak suka? Sabda baginda: Kami Ahlul Bait telah Allah pilih buat kami Akhirat dari dunia dan sesungguhnya ahli keluargaku akan ditimpa bala bencana, penindasan dan diusir sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur yang bersama mereka panji-panji hitam mereka meminta kebaikan tapi tidak diberikan pada mereka lalu mereka berjuang dan mendapat kemenangan dan diberi kepada mereka apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang akan mengisinya dengan keadilan sepertimana ia diisi dengan kezaliman, barangsiapa dikalangan kamu yang bertemu dengan peristiwa ini datangilah mereka walaupun dengan merangkak di atas salji kerana dialah Imam Mahdi.

Kata Al Hafiz Imaduddin Ibnu Kathir : Kisah ini mengandungi isyarat kepada kerajaan Bani Abbas dan isyarat bahawa Imam Mahdi berlaku selepas kerajaan Bani Abbas.

- Alfitan oleh Alhafiz Nuaim bin Hammad (Hadis 945)
- Sunan Ibnu Majah (Hadis 4082)
- Musonnaf Ibnu Abi Syaibah (Juzuk 15 Hadis 19573)

Hadis 63

Daripada Tsauban RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Tiga orang akan berbunuh-bunuhan pada harta simpanan, kesemua mereka adalah anak pemerintah tetapi seorang pun tidak memperolehinya, kemudian muncul panji-panji hitam dari Timur memerangi mereka dalam peperangan yang tiada tolok bandingnya kemudian dia menyebut sesuatu, dan sabda Rasulullah lagi: Bila kamu melihatnya berbaiahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas salji kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Imam Mahdi.

- Mustadrak Al Hakim (Hadis 8432)
- Misbah Azzujajah (Juzuk 4 m/s 203)
- Kitab Annihayah oleh Ibnu Katsir (Juzuk 1 m/s 29)

Hadis 64

Imam Sayuti, Ibnu Majah dan Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Al Harast bin Juzu’ Az Zubaidi katanya: Sabda Rasulullah SAW: Akan keluar sekelumpuk manusia dari Timur dan menyerahkan kepada Imam Mahdi kekuasaanya.

- Sunan Ibnu Majah (Hadis 4088)
- Mu,jam Atthobrani Al Ausat (Juzuk 1 Hadis 287)
- Attazkirah Oleh Imam Qurtubi (m/s 614)

Hadis 65

Terjemahannya :
Imam Sayuti, Imam Ahmad,Tarmizi dan Nuaim bin Hammad telah merawikan dari Abu Hurairah katanya: Sabda Rasulullah SAW: Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam yang tidak dapat disekat oleh sesuatupun sehinggalah mereka menguasai Ilya’.

Kata Ibnu Kathir: Panji-panji hitam ini bukan yang dibawa oleh Abu Muslim Al Khurasani yang merampas kerajaan Bani Umayyah tetapi ia adalah panji-panji hitam lain yang datang mengiringi Imam Mahdi.

- Musnad Imam Ahmad (Hadis 8760)
- Jami’ Tarmizi (Hadis 2270)
- Lisanul Mizan oleh Ibnu Hajar (Juzuk 2 m/s 419)
- Kanzul Ummal (Hadis 38652)

Hadis 66

Imam Thabrani meriwayatkan dalam kitabnya Al Ausat daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW memegang tangan Saidina Ali dan bersabda : Akan keluar dari sulbi Ali ini seorang pemuda yang akan memenuhu bumi dengan keadilan dan saksama, apabila kamu melihat peristiwa itu hendaklah kamu bersama Pemuda Bani Tamim, sesungguhnya dia muncul dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji Imam Mahdi.

- Majma’ Zawaid (Juzuk 1 m/s 317)
- Alurful Wardi (m/s 62)
- Fatawa Hadisiah (m/s 40)
- Al Iza’ah (m/s 129)

Hadis 67

Al Hasan bin Sufyan dan Abu Nuaim telah meriwayatkan dari Tsauban katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW: Akan datang panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka (pendukung pendukung) seperti kepingan – kepingan besi (jiwa berani), barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbaia’hlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.

- Alurful Wardi (m/s 64)
- Alburhan (Bab 7 Hadis 5)
- Uqdud Durar (m/s 95)

Hadis 68

Imam Nuaim bin Hammad telah meriwayatkan dari Saidina Ammar bin Yasir katanya: Pemegang panji Imam Mahdi adalah Syuaib bin Soleh.

- Alurful Wardi (m/s 68)

Hadis 69

Imam Sayuti telah meriwayatkan dari Saidina Ali katanya: Akan keluar panji-panji hitam memerangi golongan As Sufyani, padanya ada seorang pemuda dari Bani Hasyim yang ditapak tangan kirinya ada tahi lalat, yang dipimpin oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelar syuaib bin Soleh, mereka mengalahkan golongan As Sufyani.

- Alurful Wardi (m/s 69)

Hadis 70

Imam Suyuti telah meriwayatkan juga dari Dhamrah bin Habib dan guru-gurunya kata mereka: As Sufyani menghantar tentera berkudanya sehingga sampai keseluruh Timur dari bumi Khurasan dan bumi Parsi, orang orang Timur bangun dan memerangi mereka dan berlaku pertempuran diantara mereka di beberapa tempat. Bilamana peperangan berpanjangan mereka berbaiah kepada seorang lelaki dari Bani Hasyim, mereka ketika itu di hujung Timur lalu dia membawa ahli Khurasan dibawah pimpinan seorang lelaki dari Bani Tamim yang mempunyai darah ajam yang digelar Syuaib Ibnu Soleh berkulit sawo matang dan berbadan sederhana, dia keluar kepada Al Hasyimi bersama 5000 orang orangnya, bilamana sampai kepada Al Hasyimi beita itu dia terus bergabung dan menjadikan Pemuda Bani Tamim pemimpinnya, kalaulah mereka menghadapi bukit-bukit yang terpasak gagah nescaya mereka akan meratakannya. Maka bertemulah Pemuda Bani Tamim dan tentera berkuda As Sufyani dan mendapat kemenangan keatas mereka dan memebunuh ramai tentera As Sufyani, selepas itu golongan As Sufyani pula yang menang, Al Hasyimi berundur begitu juga Syuaib bin Soleh perrgi ke Baitil maqdis secara diam-diam untuk menyerahkan kepimpinan kepada Imam Mahdi bilamana dia mendengar kedatangan Imam Mahdi ke Syam.

Kata Al Walid:
Telah sampai kepada aku bahawa Al Hasyimi adalah saudara sebapa dengan Imam Mahdi, kata sebahagian ulamak, dia anak saudara Imam Mahdi dan kata sebahagian yang lain, dia tidak mati tetapi berundur ke Mekah setelah kekalahan itu, bila muncul Imam Mahdi dia keluar semula.

- Alurful Wardi (m/s 70)
- Uqdud Durar (m/s 94-95)

RAHSIA MISI DAJJAL/FREEMASON DI TIMUR TENGAH

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

•Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

•Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Penulis: Ibnu Yaacob

Penghinaan Terhadap Islam