Khilafah

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin.

Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.

Pandangan ulama mengenai negara Islam,jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut:-

1. Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

2. Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

3. Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

4. Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

5. Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

6. Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

7. Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati apa yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.

0 comments: