Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama penganut-penganutnya supaya sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut agama lain, kecuali kedudukan Islam terancam.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.
Firmam Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;
“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.
Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan seterusnya memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kemiskinan, kejahilan dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial.
Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga kesejahteraan negara dari kekacauan dan huru-hara serta mempertahankan kesucian agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang sebenar.
Prinsip Kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment