Semenjak Umat Islam di negara ini mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini banyak isu-isu yang mendapat perhatian di kalangan umat Islam. Kalau sebelum merdeka isu-isu yang timbul berkisar kepada perjuangan untuk memerdekaan tanah air, memajukan umat Melayu yang mundur di dalam pelbagai bidang, isu-isu agama yang melibatkan persoalan bidah, khurafat, pendidikan agama, penghakisan nilai-nilai hidup Islam serta lain-lain isu sosial seperti kedudukan dan peranan wanita di dalam pembangunan negara.
Pasca-kemerdekaan memperlihatkan kesungguhan umat Melayu Islam memperkukuhkan lagi status quo mereka di dalam Tanah air mereka sendiri di dalam pelbagai bidang khususnya penyertaan kaum Melayu dalam sektor ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi. Di dalam masa yang sama kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan umat Melayu khususnya apabila lahirnya kesan-kesan negatif modenisasi yang dijalankan.
Isu-isu modenisasi sama ada ianya membawa kesan positif atau negatif telah menjadi tumpuan di dalam apa juga agenda sama ada agenda politik, pendidikan, gerakan keagamaan dan sebagainya.
Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh penjajahan Ingeris serta diperkukuhkan selepas kemerdekaan Malaysia rupa-rupanya telah membelah pemikiran , pendekatan dan cara bertindak umat Melayu. Sistem pendidikan tersebut sekurang-kurangnya telah menghasilkan dua kelompok umat Melayu, iaitu Melayu-sekular dan Melayu Islamis.
Kedua-dua kelompok inilah yang mencorakkan isu-isu semasa umat Islam mengikut kefahaman dan persepsi kelompok masing-masing. Kadang-kala konfrantasi kedua kelompok ini bukan sahaja dalam bentuk pertentangan idea dan pendekatan malah turut membawa kepada pertentangan fizikal seperti peristiwa Memali, pulau memulau, dan kafir mengkafir.
Isu-Isu Semasa Umat Islam: Satu Senario
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment